Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Lionel Messi ikrar bantu bina reputasi Inter Miami

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lionel-messi.jpg
Kontrak Lionel Messi dengan Inter Miami CF menjadi rasmi semalam dan penampilan pertamanya dalam Liga Bolasepak Utama (MLS) yang sangat dinanti-nantikannya apabila mungkin diturunkan ketika menentang Cruz Azul dalam Piala Liga, Jumaat depan.

Messi, yang bakal berumur 36 tahun pada 24 Jun depan, menyertai Miami selepas meninggalkan daripada Paris Saint-Germain (PSG).

Kontraknya dengan Miami akan berakhir di penghujung musim 2025 dan bernilai $60 juta (RM271.5j) setahun.

“Saya sangat teruja untuk memulakan langkah seterusnya dalam karier saya bersama Inter Miami dan di Amerika Syarikat,” katanya.




“Ini adalah satu peluang yang sangat menarik dan bersama-sama kita akan terus membina projek yang indah ini.

"Ideanya adalah untuk bekerjasama untuk mencapai objektif yang ditetapkan dan saya sangat bersemangat untuk mula membantu di laman baru saya di sini."

Advertisement

Must Watch Video