Penyerang itu menandatangani kontrak baru bersama juara Ligue 1 berkenaan tahun lalu selepas menolak perpindahan ke Real Madrid.
Tetapi walaupun terikat hingga 2025, masa depan penyerang Perancis itu terus menimbulkan spekulasi, lebih-lebih lagi di tengah-tengah prestasi goyah skuad kendalian Christophe Galtier tersebut.
Mbappe bertindak menyuarakan kekecewaannya kerana menjadi tumpuan utama dalam usaha mempromosikan tiket bermusim PSG itu.
Malah, penyerang itu berikrar untuk melindungi hak imejnya.
"Saya hanya mengambil bahagian ketika hadir dalam kempen langganan semula kelab untuk musim 23-24," katanya.
??????, ??? & ?????? ??#OGCNPSG ? pic.twitter.com/tYfFG79MDG
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) April 6, 2023
“Saya tidak pernah dimaklumkan mengenai kandungan temu bual itu.
"Ia kelihatan seperti wawancara asas ketika hari pemasaran kelab. Saya tidak bersetuju dengan video yang diterbitkan ini. Itulah sebabnya saya memperjuangkan hak imej individu.
"PSG merupakan kelab besar dan keluarga besar, tetapi ia bukan Kylian Saint-Germain."
Ulasan Mbappe itu hadir di sebalik pergelutan prestasi PSG yang menempa tiga kekalahan dalam empat perlawanan terakhir termasuk terkandas dalam Liga Juara-Juara (UCL).