Skip to main content

Bola Sepak

Liga-M: MFL pantau kewangan kelab setiap dua bulan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mfl-mohd-shazli-shaik-mohd.jpg
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd, percaya penguatkuasaan penuh peraturan Financial Fair Play (FFP) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2025/2026 mampu menjadi titik tolak kepada jalan penyelesaian isu tunggakan gaji yang sering membelenggu kancah domestik.

Langkah drastik yang mengehadkan perbelanjaan gaji kepada maksimum 80 peratus daripada bajet tahunan kelab dilihat sebagai usaha terbaik mengelakkan kelab berbelanja melebihi kemampuan, sekali gus membina ekosistem bola sepak Malaysia yang lebih mampan dan kompetitif.

Ujar Mohd Shazli, pelaksanaan FFP yang diperkenalkan musim lalu kini dikuatkuasakan sepenuhnya bagi menanam budaya tanggungjawab kewangan dan ketelusan, selain memacu kelab ke arah pengurusan yang lebih sistematik.

Antara dokumentasi yang akan diperiksa unit FFP termasuklah penyata interim, pendapatan dan perbelanjaan serta bukti yang menyatakan tiada tunggakan gaji kepada pemain, pegawai serta kakitangan kelab.




Dia turut memaklumkan MFL akan sentiasa berhubung rapat dengan pihak kelab bagi memastikan kelancaran pelaksanaan penuh FFP dapat direalisasikan.

"Sekiranya melebihi perbelanjaan yang diluluskan, maka kelab akan dinasihatkan oleh FFP untuk mendapat pendapatan tambahan atau menurunkan bayaran gaji -- sebagai contoh tidak mendaftarkan pemain tersebut. 

"Setiap dua bulan FFP akan melakukan semakan hingga habis liga, ini bermakna lima kitaran (semakan) akan dibuat," katanya. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video