Sri Pahang menamatkan kemarau tujuh bulan tanpa kemenangan di laman sendiri dalam aksi Liga Super selepas berpesta gol dengan mengatasi Kedah Darul Aman 6-0.
Ini merupakan kemenangan terbesar Tok Gajah yang juga kemenangan ketiga skuad kendalian Fandi Ahmad di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh dalam kempen Liga Super musim ini.
Kejayaan itu nyata melegakan Fandi meskipun anak buahnya bergelut untuk menjelmakan prestasi sebenar dalam babak pertama malam tadi.
Pengendali kelahiran Singapura itu mengakui masih lagi bekesperimen dalam misi mencari kesebelasan utama terbaik untuk dipertaruhkan di pentas final Unifi Piala Malaysia 26 April depan.
Lantaran itu, dia turut berharap agar anak buahnya kekal konsisten bagi mengharungi baki dua perlawanan liga bertemu Perak di Manjung serta melayani kunjungan Penang di Temerloh.
"Kalau pihak lawan mengambil kesempatan atas kesilapan kami sendiri dalam babak pertama, pastinya perlawanan ini berubah.
"Kami sebenarnya sedang mencari 'hujung tombak' -- siapa yang boleh menembak (percubaan jarak jauh).
"Itulah masalah kami. Kami merencana dua senjata baru tetapi disebabkan perubahan di bahagian tengah kerana kecederaan, jadi kami hanya dapat masukkan seorang penyerang sahaja," katanya selepas perlawanan.
Sementara itu di kem pelawat, ketua jurulatihnya, Victor Andrag, menganggap situasi perlawanan mungkin berbeza seandainya Kedah Darul Aman dapat menyempurnakan beberapa peluang terhidang terutama dalam separuh masa pertama.
"Sepatutnya kami perlu terjemahkan peluang awal kerana kami bermain dengan sangat baik dalam separuh masa pertama.
"Tetapi kami tidak menyerlah dalam babak kedua bukan disebabkan pertukaran pemain. Ia kerana pemain agak keletihan dan pemain baru juga bermain dengan bagus.
"Cuma saya hanya mempunyai dua pertahanan tengah jadi kami harus akur.
"Cuma berdasarkan prestasi babak pertama, kami tidak seharusnya kalah 0-6," katanya.
Dia, bagaimanapun, tetap memuji kesungguhan yang ditampilkan barisan pemainnya tatkala Sang Kenari masih dibelenggu isu tunggakan gaji.