Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: YCL alu-alukan cabaran pemain rebut kesebelasan utama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ycl.jpg
Kehadiran semula pemain import, Luka Milunovic, yang terlepas dua perlawanan lalu serta pertahanan, Luiz Motta, yang baru pulih daripada kecederaan di jangka memberi kelebihan buat Perak.

Skuad kendalian Yusri Che Lah yang baru melayakkan diri ke suku akhir Unifi Piala Malaysia akan bertemu Kedah Darul Aman dalam aksi minggu keenam Liga Super Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, esok.

"Saya semampunya ingin menurunkan ke semua pemain import tetapi perlu melihat keseimbangan pasukan. 

"Saya mahu meneruskan keserasian pemain daripada aksi lalu. Kesinambungannya adalah saya mahu pemain yang pulih daripada kecederaan memberi cabaran dalam kesebelasan utama. 




"Ruang dan peluang sentiasa diberikan kerana yang pasti saya menginginkan kejayaan," katanya di Nadi Bola Latihan Pasukan petang tadi.

Tommy Mawat Bada bakal kembali dalam skuad Seladang selepas hukuman penggantungannya rentetan isu pergaduhan bersama bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, dipendekkan kepada satu perlawanan daripada hukuman asal tiga aksi oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video