Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: VAR buat Sabah merana

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

razlan-joffri.jpg
SABAH 1 JDT 3

Sudah lama tidak melihat sesebuah pasukan mampu menjelmakan satu saingan sengit kepada juara bertahan Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) .


Tetapi dua situasi video bantuan pengadil (VAR) memihak JDT dalam kemenangan 3-1 di Stadium Likas itu, sebentar tadi mahu mencerminkan takhta JDT mampu digugat. 

Jaringan awal kesilapan penjaga gol tuan rumah, Khairul Fahmi Che Mat, yang gagal membaca sepakan penjuru Arif Aiman Hanapi menyaksikan mereka ketinggalan menerusi tandukan Romel Morales yang menyudahkan sepakan penjuru pada minit ke-21.

Moral pemain Sabah yang menggunakan formasi 4-2-3-1 itu tidak goyah apabila menghadirkan ancaman ke kubu Harimau Selatan. 

Begitupun, ketabahan mereka kembali diuji apabila pengadil, Razlan Joffri, mengesahkan jaringannya yang tidak ofsaid selepas semakan VAR. 

Sang Badak, bagaimanapun, keluar dari bilik persalinan dengan semangat lebih membara. 

Usaha awal babak kedua itu membuahkan apabila pertahanan, Gabriel Peres, menjadikan 1-2 dengan menyempurnakan sepakan penalti selepas Matthew Davies didapati bersalah kerana menarik jersi Park Tae-soo.

Beberapa minit berselang, tampanan Cifu pula meliar di depan gawang JDT.




Dan di penghujung permainan, Harimau Selatan melebarkan kelebihan mereka apabila Razlan kembali menunding ke arah titik 12 ela selepas semakan VAR. 

Rawilson Batuil didapati bersalah atas terjahan kasarnya ke atas Arif Aiman. 

Padahal senario hampir serupa juga berlaku pada minit ke-64 yang menyaksikan Morales menerima terjahan daripada Dominic Tan, namun berbeza daripada segi keputusannya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video