LIGA SUPER MSIA

Liga Super: Umarbek Eshmurodov pulang ke Uzbekistan, sah tidak bersama Selangor

Stadium Astro
Najmi Iman
27/12/2024
15:38 MYT
Sponsor Banner
Liga Super: Umarbek Eshmurodov pulang ke Uzbekistan, sah tidak bersama Selangor
Pertahanan Uzbekistan, Umarbek Eshmurodov, sah tidak bersama Selangor bagi mengharungi baki musim Liga Super Malaysia dan perlawanan Piala Cabaran yang akan bersambung tahun depan.
Selangor dalam satu kenyataan menerusi laman X mengesahkan pemain berusia 32 tahun itu tidak akan menyambung kontrak berikutan tempohnya bersama The Red Giants bakal tamat hujung bulan ini.
Justeru, naib juara Piala FA 2024 itu juga tidak berhasrat menyambung khidmat Umarbek bagi aksi seterusnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video