Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Tiga kelab disaran cari awal venue alternatif ketika Ramadan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stadium-muhammad-ke-iv.jpg
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd, mengesahkan tiga kelab Liga Super iaitu Kelantan Red Warrior, Imigresen serta DPMM perlu mencari venue alternatif bagi aksi yang bakal berlangsung pada Ramadan tahun hadapan.

Ia berikutan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dan Stadium Negara Hassanal Bolkiah tidak dapat digunakan bagi memberi laluan kepada program yang bakal berlangsung sepanjang bulan mulia berkenaan.

Venue bagi kelab Imigresen, Stadium Negeri Batu Kawan di Pulau Pinang pula tidak memenuhi spesifikasi untuk beraksi di sebelah malam.

Terdahulu Shazli ditemui ketika Majlis Menandatangani Pembaharuan Kerjasama MFL dengan syarikat pembekal data dan statistik rasmi Liga Malaysia, untuk tempoh lima tahun bermula dari musim 2025/2026.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video