Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Tiga gol awal beri kelebihan buat Sabah

405553610_368491875572802_6067274377152450886_n.jpg
Sabah mempamerkan kelas tersendiri apabila membelasah Terengganu 4-0 dalam perlawanan Liga Super di Gong Badak semalam.

Ramon Machado meletakkan The Rhinos di depan menerusi penyudah akrobatiknya pada minit keenam sebelum Saddil Ramdani menggandakan kelebihan itu pada minit ke-29.

Miguel Cifuentes kemudian menemui hantaran lintang ke belakang Rizal Ghazali sebelum melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti yang menggegarkan jaring Suhaimi Husin, sekali gus memberikan pasukan Negeri di bawah Bayu itu kelebihan tiga gol menuju ke bilik persalinan.

Dalam babak kedua, Sabah menambah satu lagi gol, kali ini menerusi pemain gantian, Jafri Firdaus Chew, yang menolak masuk lintangan Machado, tidak sampai tiga minit selepas perlawanan bersambung.

Selepat tamat perlawanan, pengendali pasukan, Datuk Ong Kim Swee, menjelaskan tiga gol awal ternyata memastikan kelebihan buat pasukan untuk mengawal permainan sekaligus memastikan tiga mata penuh di tempat lawan.
 

Ikuti laporan penuh menerusi Nadi Weekend 7.30 malam ini di saluran Astro Arena 801 HD. 

Advertisement

Must Watch Video