Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Tiada pemenang Derby Lembah Klang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-vs-kl-city.jpg
Tiada pemenang 'Derby Lembah Klang' kali ini apabila Selangor dan Kuala Lumpur City sekadar terikat tanpa jaringan dalam aksi Liga Super di Petaling Jaya sebentar tadi.

Tuan rumah menguasai sebahagian besar permainan tetapi ketumpulan di depan gawang lawan menyaksikan tiada sebarang jaringan dapat dicetuskan.

Peluang terbaik dalam babak pertama, bagaimanapun, dimiliki pelawat apabila percubaan Victor Ruiz sedikit tersasar dari sasaran.

Beberapa minit kemudian, giliran Kpah Sherman memberikan ancaman buat gawang Selangor tetapi dinafikan penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Faizal Halim memperoleh peluang keemasan dalam kawasan penalti dalam babak kedua tetapi segalanya seakan-akan tidak kena buat Gergasi Merah untuk kedua-kedua pasukan terpaksa akur meraih satu mata.
 
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video