Pemain berusia 22 tahun itu mengakui sudah membuat 'kerja rumah' mengenai pasukan lawan untuk membawa pulang tiga mata penuh nanti sekali gus meningkatkan prestasinya di atas padang nanti.
Dalam lima pertembungan terakhir menyaksikan Selangor melakar dua kemenangan, satu keputusan seri dan dua kali tewas.
Terengganu, here we come! ?#SFC #MKLK #MerahKuning #LambangKebanggaan pic.twitter.com/C1wsOVAkIx
— Selangor FC (@selangorfc) September 27, 2024
"Bagi saya pasukan (Selangor) sudah bersedia, daripada aspek peribadi, saya telah buat kerja rumah untuk mengkaji pasukan lawan.
"Jika diturunkan saya akan cuba memberikan aksi terbaik mengikut arahan jurulatih, saya juga ingin memperbaiki dan meningkatkan prestasi saya. Untuk penyokong, terima kasih kerana sudah menyokong jatuh bangun pasukan Selangor.
"Kami akan cuba berikan tiga mata buat penyokong." katanya kepada Nadi Arena.