Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Terengganu ungguli 'Derby Pantai Timur' belasah Kelantan TRW

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terengganu-vs-kelantan-trw_1.jpg
Terengganu memperoleh kemenangan keempat dalam saingan Liga Super musim ini apabila membelasah Kelantan The Real Warriors (TRW) 4-1 dalam aksi 'Derby Pantai Timur' di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebentar tadi.

Seakan-akan ada yang tidak kena dengan corak permainan TRW dalam babak pertama apabila mereka memberikan tuan rumah penguasaan penuh dan dibocori gol pembukaan Diego Landis pada minit ke-22.

Berselang tujuh minit, Sang Penyu memperoleh gol kedua, kali ini menerusi penyudah Nurillo Tukhtasinov.

Yann Mabella kemudian memastikan Terengganu ke bilik persalinan dengan lebih selesa menerusi jaringannya pada minit ke-40.

TRW mempamerkan permainan berbeza dalam separuh masa kedua dan mula merencanakan kebangkitan apabila T. Saravanan menemui jaring tuan rumah pada minit ke-51.

Bagaimanapun, kebangkitan yang direncana itu terbantut apabila Mabella sekali lagi menemui sasaran pada minit ke-72 untuk TRW terpaksa akur menelan kekalahan ketiga musim ini.
 

Advertisement

Must Watch Video