Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Terengganu sambut kemenangan ketiga dengan pesta gol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terengganu.jpg
Terengganu menyambut kemenangan ketiga dalam saingan Liga Super musim ini dengan berpesta gol ke atas Melaka di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu sebentar tadi.

Empat gol yang terhasil dalam separuh masa pertama sudah cukup untuk memastikan mereka kini berada di tangga kedua dengan 10 mata daripada lima perlawanan.

Pemain import kelahiran Perancis, Yan Mabella, muncul pemain paling cemerlang menjaringkan dua gol, yang mengapit sentuhan pemusnah Nurillo Tukhtasinov dan Careca sebelum ke bilik persalinan.

Mabella bertindak bijak menghidu lintangan ke belakang Akhyar Rashid untuk membuka jaringan pada minit ke-27.

Enam minit berselang, Akhyar sekali lagi menjadi pencetus jaringan Sang Penyu, kali ini menerusi lorongan gemilangnya, yang disudahkan dengan percubaan rendah Nurillo.

Malang buat pelawat apabila Che Rashid Che Halim dilayangkan kad merah pada minit ke-41 gara-gara menghalang bola menggunakan tangan dan kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya Careca untuk menyudahkan sepakan penalti dalam waktu kecederaan separuh masa pertama.

Mabella kemudian sekali lagi menemui jaring lawan pada penghujung babak pertama, kali ini dengan rembatan voli menarik untuk menewaskan Firdaus Irman Fadhil.


 

Advertisement

Must Watch Video