Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, seperti 'pening kepala' apabila belum dapat memutuskan gandingan di benteng akhir untuk pertemuan menentang Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV esok.
Ia dilihat sesuatu yang positif, rentetan aksi ampuh yang diperagakan gandingan pemain tempatan di posisi berkenaan dalam dua perlawanan terakhir skuad Peteh.
"Kami akan meneliti dengan staf kejurulatihan selepas tamat sesi latihan hari ini sebelum mengambil keputusan barisan pemain yang bakal turun dalam aksi esok," kata Tomislav yang ditemui wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Saya sedia beraksi dalam mana-mana posisi yang ditetapkan oleh jurulatih, saya akan cuba memberikan yang terbaik," kata pemain pertahanan Terengganu, Safwan Mazlan, yang telah membuat 11 penampilan dalam saingan Liga Super 2023.
Penjaga gol Kelantan United, Shahril Saari tekad membantu pasukan meraih kemenangan ke atas Terengganu FC sekali gus menikmati kemanisan pertama untuk kemunculan semulanya dalam kancah Liga Malaysia.
Bekas penjaga gol Kedah Darul Aman itu menyertai Kelantan United ketika jendela kedua perpindahan pemain dan pertemuan esok bakal menjadi aksi keempatnya bersama kelab berkenaan.
"Selepas berehat hampir lapan bulan, saya sudah mula mendapatkan tahap keyakinan yang semakin bertambah baik. Saya akan cuba memberikan yang terbaik dalam perlawanan bertemu Terengganu," kata Shahril.
"Tidak mustahil jika mengikut perancangan ditetapkan jurulatih kami mampu menghasilkan keputusan yang positif."