Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Stadium Perak masih boleh digunakan dalam aksi pertama -- MFL

stadium-perak.jpg
Susulan kes pecah masuk dan kecurian komponen lampu limpah di Stadium Perak, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan venue berkenaan masih dapat digunakan menjelang aksi Liga Super di antara Perak FC dan Kedah Darul Aman FC, Sabtu ini.

Bagi mengesahkan perkara berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, berkata kepada Astro Arena: "Memang benar terdapat kecurian wayarlampu limpah tetapi ia hanya melibatkan satu tiang sahaja dan proses membaik pulih sedang dilakukan di peringkat tempatan.

"Berdasarkan maklumat yang saya terima semalam, proses membaik pulih itu berkemungkinan dapat diselesaikan sebelum perlawnan bertemu dengan Kedah nanti.

"Kami akan menerima maklumat terkini esok untuk memastikan ia dapat digunakan Sabtu ini.

"Kami juga memiliki beberapa cadangan lain tetapi saya tidak boleh memberikan spakulasi ketika ini, namun keutamaannya adalah untuk memastikan perlawanan tersebut dapat dijalankan berdasarkan jadual sedia ada," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video