Sri Pahang FC menampilkan kebangkitan luar biasa selepas ketinggalan tiga jaringan sebelum melakar kemenangan 4-3 ke atas Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.
Selepas melewati dua kekalahan dalam dua aksi terdahulu kepada JDT dan KL City, skuad kendalian Fandi Ahmad turun di gelanggang sendiri dengan misi memperbaiki permainan dan kembali menemui rentak kemenangan.
Bagaimanapun, perlawanan ini menyaksikan mereka seakan melewati kekalahan ketiga berturut-turut di awal permainan.
Negeri Sembilan membuka jaringan seawal minit kelapan menerusi Herod Goulon yang telah lama diketepikan ekoran kecederaan, sebelum menggandakan jaringan menerusi Shahrel Fikri Mohd Fauzi.
Tuan rumah berpeluang untuk mengurangkan defisit jaringan sebelum percubaan Michael Glassock dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid.
Pahang akhirnya berjaya mendapatkan jaringan, Stefano Brundo menyempurnakan sepakan penalti selepas Baqiuddin Shamsudin dijatuhkan dalam kawasan bahaya.
Tidak sempat penyokong Tok Gajah bersorak mereka diasak pemain Negeri Sembilan yang berjaya menambah jaringan menerusi Casagrande menjadikan kedudukan 3-1 memihak pelawat hingga tamat separuh masa pertama.
Kedua-dua pasukan melancarkan corak permainan menyerang dalam 45 minit kedua, namun tiada jaringan berjaya dihasilkan.
Ketika perlawanan melewati minit ke-80, David Rowley berjaya menghembus semangat baru buat Pahang apabila meledak gol kedua tuan rumah.
Negeri Sembilan mula berdepan tekanan sehingga melakukan kesilapan sekali lagi dalam kotak penalti dan Brundo menjadikan kedudukan 3-3 pada minit ke-90.
Sebaik permainan ditamatkan, Pahang menamatkan kebangkitan yang cukup bergaya menerusi jaringan cemerlang Kpah Sherman sekaligus memadam hasrat Negeri Sembilan pulang dengan satu mata dari Kuantan.