LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Sri Pahang bangkit ikat Negeri Sembilan di Paroi
NEGERI SEMBILAN 1 SRI PAHANG 1
Sri Pahang FC menafikan hajat Negeri Sembilan FC untuk meraih tiga mata pertama musim ini apabila bangkit mengikat kedudukan 1-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi.
Gol daripada Malik Mat Ariff pada awal babak kedua memastikan pasukan Tok Gajah itu memadamkan jaringan pembukaan Casagrande buat Negeri Sembilan dalam separuh masa sebelumnya.
Iklan
Tuan rumah terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-21 apabila Casagrande bijak mengawal bola di antara pertahanan dalam kawasan penalti lawan sebelum melepaskan sepakan voli untuk menewaskan Izham Tarmizi Roslan.
Bagaimanapun, usaha awal yang dilakukan Sri Pahang dalam babak kedua membuahkan hasil apabila Malik menanduk masuk gol penyamaan mereka selepas menerima lintangan David Rowley.
Selepas ini, Sri Pahang akan meneruskan saingan dengan bertandang ke Kota Bharu bagi membuat perhitungan dengan Kelantan FC pada Khamis ini manakala Negeri Sembilan pula akan berkunjung ke laman Penang FC sehari sebelumnya.
Must-Watch Video