Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Selangor tunda hajat kemenangan sulung Sabah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-2025.jpg
SABAH 1 SELANGOR 2

Hasrat Sabah untuk meraih kemenangan pertama Liga Super musim ini tidak kesampaian biarpun sempat mendahului ketika menerima kunjungan Selangor.


Kebangkitan The Red Giants memastikan mereka kembali ke rentak kemenangan dalam aksi kelapan di Stadium Likas itu, sebentar tadi. 

Peluang tuan rumah tampak cerah pada minit ke-10, apabila hantaran lintang bekas pemain Malaga, Miguel Cifuentes, yang disudahkan dengan tandukan oleh Fergus Tierney.

Dua percubaan berturut-turut pada minit ke-20 oleh James Ingham dan Ajdin Mujagic hampir memberi kelebihan berganda kepada Sang Badak, namun penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, menjadi penyelamat pintu gol Selangor pada kali ini.

Bagaimanapun, gawang Sabah yang dikawal Damien Lim dirobek apabila tampanan kurang kemas James Ingham menemui Alvin Fortes yang tenang merembat masuk gol penyamaan.




Skrip separuh masa kedua berubah apabila Selangor pula bermain seperti gergasi kelaparan, hasilnya Faisal Halim mencetak jaringan pada minit ke-59 untuk meletakkan Selangor di hadapan 2-1.

Pengadil kemudian membantutkan hasrat Sabah apabila membatalkan dan menghukum jaringan 'Hands of God' penyerang Bosnia, Mujagic. 

KEPUTUSAN LAIN: 

Kuala Lumpur City 2 Kelantan The Real Warriors (TRW) 1 

PDRM O KUCHING CITY 5 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video