Status PDRM FC bukan tiket untuk Selangor FC mengambil mudah apabila kedua-dua pasukan itu berentap dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini.
Sebaliknya, pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe, mengingatkan pemain The Red Giants bahawa The Cops kendalian Azzmi Ab Aziz sudah mula mempamerkan peningkatan dalam perlawanan terakhir sebelum ini.
Malah, Cheng Hoe juga percaya The Cops sama seperti The Red Giants, yang menyasarkan untuk menamatkan pusingan pertama Liga Super di kedudukan terbaik.
Tambahnya, prestasi semasa PDRM dalam perlawanan terakhir juga agak baik apabila melakar kemenangan 4-1 ke atas Kelantan FC di Kota Bharu pada 23 Mei lalu.
“Ini juga menunjukkan bahawa The Cops mampu menyaingi pasukan lain dalam saingan Liga Super dan seharusnya Selangor perlu lebih berwaspada.
“PDRM memiliki jentera serangan berkualiti yang dipacu semangat juang tinggi dan akan bermain hingga minit terakhir perlawanan.
“Selain itu, bahagian pertahanan PDRM juga cukup kental dan berdisiplin apabila bertahan dan kedua-dua perkara ini merupakan cabaran buat Selangor,” katanya.
Selangor kini di kedudukan kedua dengan 28 mata hasil sembilan kemenangan, satu seri dan dua tewas sementara PDRM pula di tangga ke-10 dengan 13 mata -- empat menang, satu seri, tujuh tewas -- selepas 12 perlawanan.
Pada masa sama, Cheng Hoe mengakui taktikal disiplin skuad kendalian Azzmi berkenaan cukup tinggi dan ia antara kelebihan dimiliki PDRM musim ini.
Katanya, kejayaan PDRM mengejutkan Kedah Darul Aman FC 1-0 di Stadium Darul Aman pada 4 Mac lalu telah membuktikan keupayaan pasukan itu.
“Saya boleh katakan PDRM sebagai pasukan 'got nothing to lose', terutama menerusi 'all out counter attack' dalam mengharungi saingan Liga Super.
“Sejujurnya, taktikal PDRM ini juga peringatan kepada pemain pasukan lawan untuk memberikan sepenuh tumpuan sehingga wisel penamat ditiupkan pengadil,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Cheng Hoe memaklumkan bahwa Brendan Gan, yang masih belum cergas sepenuhnya, berkemungkinan tidak diturunkan, termasuk pemain import, Richmond Ankrah dan Alex Agyarkwa.
Kredit: Sinar Harian