Skip to main content

Sukan Lain

Hari Sukan Negara ditangguh, komuniti 'fitness' tetap on!

O
Advertisement

Jerebu yang kembali melanda negara memaksa sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 peringkat kebangsaan di Bukit Jalil ditangguhkan atas faktor keselamatan dan kesihatan.

Namun, semangat bersukan rakyat Malaysia tetap membara apabila komuniti kecergasan terus aktif menerusi beberapa acara sukan tertutup yang berlangsung hujung minggu ini.

Advertisement

Antaranya HUNTR Games KL di MAEPS, Serdang, pada 10 hingga 11 Oktober, yang menguji ketahanan peserta menerusi gabungan larian dan latihan kekuatan.

Tidak ketinggalan, festival gaya hidup LahLahLand 2026 di MIECC, Seri Kembangan, turut menampilkan acara LariLAH featuring adidas HyperRelay, perlumbaan lari berganti-ganti yang menghimpunkan kelab larian popular seperti adidas Runners KL, Brand New Waves dan Journey Run Club untuk merebut gelaran kelab terpantas Kuala Lumpur.

Advertisement

Kedua-dua acara ini membuktikan budaya kecergasan tempatan semakin berkembang, dengan komuniti sukan terus mencari ruang untuk kekal aktif meskipun aktiviti luar terjejas akibat jerebu.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video