Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Penang ambil sikap positif disingkir JDT

sss
Advertisement

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz, mendedahkan resepi kejayaan pasukannya menewaskan Penang adalah kombinasi keseluruhan yang ampuh bukan sahaja daripada kualiti pemain tetapi dalam segenap segi.

Biarpun terpaksa mengharungi jadual yang padat dengan rehat kurang 24 jam selepas perlawanan Piala Shopee ASEAN pada Khamis, ia tidak menghalang pemainnya daripada terus menghadirkan persembahan terbaik setiap kali bertemu lawan.

Advertisement

"Kami tidak berlengah untuk persiapan cabaran seterusnya.

"Kami pastikan pemain dapat jelmakan aksi terbaik," katanya.

Advertisement

Sementara itu, ketua jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, pula mengakui wujud peningkatan daripada persembahan anak buahnya, namun ia masih belum memadai untuk menggugat kubu Harimau Selatan.

 

 

 

Menurutnya, defisit gol berjaya dikecilkan berbanding aksi suku akhir pertama Piala FA menentang JDT di laman sendiri.

Bagaimanapun, Wan Rohaimi mengakui secara keseluruhan masih banyak taktikal yang perlu diserap pemainnya untuk menghadirkan persembahan serta keputusan lebih cemerlang.

"Nampak peningkatan daripada segi defisit gol.

"Ini petanda peningkatan keyakinan, kesefahaman dan daya usaha pemain untuk berjuang demi pasukan.

"Saya berpuas hati dengan itu dan berharap momentum ini akan diteruskan dalam perlawanan akan datang," katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video