Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Selangor gempur Imigresen di Batu Kawan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sel.jpg
Selangor membawa pulang tiga mata selepas menewaskan Imigresen 3-1 dalam saingan minggu ketujuh, Liga Super 2025/26 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan, Sebentar tadi.

Skuad kendalian Christophe Gamel agresif mengasak kubu pasukan tuan rumah dalam separuh masa mata.

Namun beberapa peluang terhidang yang dimiliki pasukan dari Lembah Klang itu tidak dapat dinoktahkan dengan jaringan apabila barisan pertahanan Imigresen berdisiplin hingga berakhir babak pertama untuk kedudukan terikat 0-0.





Masuk babak kedua pula menyaksikan rembatan Alvis Fortes hasil gerakan Faisal Halim meletakkan Selangor mendahului pada minit ke-56, sebelum anak buah Yusri Che Lah menyamakan kedudukan menerusi Eduardo Sosa selang 10 minit kemudian.

Detik itu menjadi permulaan Selangor mempertajamkan serangan mereka sehingga Chrigor Moraes membuktikan kredibilitinya selaku penggempur utama untuk menewaskan Farhan Majis menjadikan kedudukan 2-1 dan mendahului sekali lagi.

Tidak terhenti di situ, Faisal Halim turut menempah nama selaku penjaring 20 minit sebelum wisel dibunyikan pengadil perlawanan sekali gus memacu Selangor meraih sembilan mata dalam carta liga di tangga keenam dengan selepas tiga kemenangan.
Nike

NIKE 15% OFF

Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!


Klik Sini Sekarang

Advertisement

Must Watch Video