Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon, mengesahkan bahawa kelab itu sedang melakukan proses rundingan untuk melanjutkan kontrak penyerang kebangsaan, Faisal Halim.
Jelasnya, Faisal sehingga kini masih lagi seorang pemain Selangor.
Ketika ini, nama Faisal sedang hangat menjadi perbualan dalam kalangan peminat bola sepak negara dan dikaitkan untuk menyertai sebuah pasukan gergasi di selatan tanah air.
"Miki (Faisal) masih pemain Selangor dan dia masih fokus dan komited untuk menamatkan musim ini dengan baik," kata Dr. Johan kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.
"Jadi, kita akan lihat tetapi buat masa ini, dia masih pemain Selangor dan akan kekal menjadi pemain Selangor selagi dia mahu.
"Buat masa ini, kami sedang berbincang dengannya mengenai kontraknya. Ada beberapa klausa dalam kontrak itu dan kami sedang berbincang."