Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Saya tidak gembira, tak mahu salahkan sesiapa -- Nidzam Jamil

nidzam.jpg
Ketua jurulatih Pahang, Fandi Ahmad, berasa bingung memikirkan kesulitan yang dihadapi pasukannya musim ini terutamanya ketajaman di jentera serangan susulan tidak berjaya menjaringkan sebarang jaringan .

Dengan aksi pada Rabu berakhir menerusi keputusan seri 1-1 di Stadium Temerloh, Fandi berasakan kemenangan sepatutnya memihak kepada skuad Tok Gajah merujuk kepada beberapa percubaan yang hampir yang dilakar anak buahnya itu.


 

"Kurang ketajaman di bahagian hadapan, walaupun dalam setiap latihan kami mempraktikkan pada aspek itu. Tetapi masih belum capai sasaran, kita baru cetak lima gol sahaja dalam semua perlawanan. 

"Jadi kita ada masalah di jentera serangan." kata Fandi Ahmad.

Sebaik Pahang beraksi dengan 10 pemain di babak kedua, ramai menjangkakan kelebihan mampu memihak kepada pasukan dari Lembah Klang itu. 

Apatah lagi ketua jurulatih, Nidzam Jamil, yang hadir ke Temerloh dalam misi melupuskan badi di tempat lawan apabila tiga aksi terdahulu menyaksikan The Red Giants sering berhadapan kesulitan dalam aksi di laman lawan.


 

Dalam pada itu, keputusan seri bukanlah yang di mahukan Selangor, malah Nidzam menyifatkan keputusan pada Rabu adalah mengecewakan.

"Ini adalah mata pertama di tempat lawan, saya tidak gembira semestinya. Ini lebih baik daripada tidak dapat mata. Saya tidak mahu salahlkan sesiapa tetapi satu mata ini daripada pemain kita semestinya tidak gembira." Kata ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil, 
 

Advertisement

Must Watch Video