Saya bukan ahli silap mata, kata ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Risto Vicakovic, sebagai repons kepada syarat yang diletakkan pihak pengurusan kelab itu.
Memilih untuk berdamai, Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, menyerahkan sepenuh tanggungjawab kepada Vidakovic dalam menentukan pemilihan pemain dan keperluan pasukan tetapi menetapkan lima aksi pertama saingan Liga Malaysia musim ini perlu disudahkan tanpa kekalahan.
Vidakovic, bagaimanapun, lebih selesa jika sasaran yang diletakkan diselesaikan satu persatu memandangkan pihak pengurusan KL City sebelum ini menetapkan sasaran untuk kembali layak ke saingan peringkat Asia musim depan.
Jurulatih berwarganegara Serbia itu turut menegaskan bahawa keperluan pemain perlu diutamakan dahulu dan bukan mahu menolak bercita-cita tinggi, dia berasakan keperluan asas setiap pemain masih belum terpenuhi.
"Kami perlu melaluinya dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan perlu melihat bagaimana kami berkembang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Saya gembira buat masa ini tentang bagaimana pasukan ini bekerja dan menuju ke depan, bagaimana setiap pemain mengambil bahagian dalam setiap sesi latihan.
"Tentang perkara lain, ia seperti menjadi ahli silap mata. Saya bukannya ahli silap mata, saya melakukannya dari hari ke hari.
"Saya rasakan pasukan ini semakin bagus setiap hari, jadi hanya itulah komen saya untuk perkara seperti ini.
"Kami membina pasukan baru, jadi perlu melihat banyak perkara dan itulah yang paling penting," katanya.