Jurulatih Sabah Datuk Ong Kim Swee kehilangan tiga tonggak utama untuk perlawanan Liga Super menentang Kelantan, Isnin ni.

Tiga ayam tambatan itu, Stuart Wilkin dan Darren Lok dalam tugasan antarabangsa bersama Malaysia manakala Saddil Ramdani pula beraksi bersama skuad kebangsaan Indonesia.

"Saya percaya pemain lain dalam skuad Sabah mampu galas tugas itu kerana banyak lagi perlawanan selepas ini dan saya perlu memikirkan mengenai kecergasan pemain terutama yang beraksi untuk pasukan kebangsaan," kata Kim Swee

Sasaran awal di kedudukan lima teratas, tidak memberikan keselesaan kepada skuad The Rhinos untuk terus memperbaiki kedudukan walaupun sudah tercapai.

Berbaki empat perlawanan bagi saingan liga super musim ini, Kim Swee tidak menafikan perubahan kedudukan bakal berlaku.

"Kedudukan berubah jika Sabah mampu dapat keputusan yang positif dalam 4 perlawanan terakhir, " kata Kim Swee "Jika kita capai keputusan baik untuk perbaiki daripada sasaran lima terbaik... kita dapat tempat keempat atau ketiga, ia keputusan yang cukup positif."