Skip to main content

Bola Sepak

Suku akhir Piala FA: Enam gol! KL City terpaksa bangkit dua kali ikat DPMM

DPMM KL CITY

Kuala Lumpur City terpaksa bangkit sebanyak dua kali untuk mengikat DPMM 3-3 dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan sebentar tadi.

Beraksi di depan penyokong sendiri, DPMM mempamerkan corak permainan berbeza daripada kebiasaan dan berhasil memperoleh jaringan pembukaan pada minit ke-18 menerusi sentuhan pemusnah Jordan Murray, yang mengatasi perangkap ofsaid untuk melakukan larian pantas sebelum melakukan penyudah rendah mengatasi Ameerul Eqhwan Fauzi.

Tersentak dengan jaringan itu, KL City mengatur semula gerakan dan hasilnya, mereka memperoleh sepakan penalti selepas penjaga gol, Sam Somerville, didapati bersalah menjatuhkan Fazrul Amir Zaman, dan ketua pasukan, Paulo Josue, tidak mensia-siakan peluang itu untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-33.

DPMM kembali mengganas selepas waktu rehat separuh masa dengan Farris Izdiham Awang Kechik meledakkan dua gol dalam tempoh empat minit, bermula dengan menyudahkan lambungan jarak jauh Ebenezer Abban pada minit ke-54 sebelum sekali lagi menggunakan kepantasan lariannya untuk meletakkan DPMM mendahului 3-1 pada minit ke-58.

Ketika KL City kelihatan akan berdepan laluan berliku dalam aksi timbal balik di Cheras awal bulan depan, mereka mula merencanakan kebangkitan luar biasa bermula dengan gol tandukan Baqiuddin Shamsudin pada minit ke-72 dan disusuli dengan sundulan Fareed Sadat pada minit ke-77.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement