Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya: Pemain warisan baharu cetak gol buat kali pertama

Tapp

Pemain warisan baharu skuad kebangsaan, Brad Tapp, mula mencetak nama selaku penjaring buat Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam suku akhir pertama Piala FA bertemu Penang di Stadium Bandaraya, semalam.

Ia, merupakan jaringan peribadi pertama dirinya sejak ketibaannya di JDT pada Julai lalu dari Central Coast Mariners.

Tonggak kelahiran Australia itu menemui sentuhan jaringan selepas melakukan lima penampilan bersama Harimau Selatan setakat ini.

Malah, Tapp turut berjaya menjaringkan satu lagi gol membantu skuad kendalian Xisco Munoz meraih kemenangan 7-2 membawa bekalan selesa menjelang timbal balik kedua di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) nanti.

Untuk rekod, bintang kelahiran 25 tahun itu dipanggil menyertai Harimau Malaya menghadapi Piala ASEAN FIFA bulan ini selepas mendapat kelulusan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menerusi kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement