Perlawanan paling menakjubkan setakat ini! Kebangkitan memukau.
Skuad bola tampar wanita Thailand mencipta sensasi apabila meraih kemenangan 3-0 ke atas Indonesia menerusi aksi mendebarkan dalam aksi suku akhir Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Park Arena Komaki semalam.
Thailand selaku kuasa besar bola tampar wanita Asia Tenggara (ASEAN) membuktikan kehebatan tatkala menewaskan negara jiran untuk mara ke separuh akhir petang ini.
Meskipun mendahului selesa 25-10 pada set pertama, namun sekelip mata Sang Garuda menonjolkan persembahan berbeza untuk memberi tekanan kepada lawan.
Indonesia terlebih dahulu berada di hadapan 20-8 dan semakin hampir untuk mengikat kedudukan.
๐น๐ญ THAILAND MOVES TO THE FINAL FOUR! ๐ฅ
The reigning continental champions are Semifinal bound! Thailand defeated ๐ฎ๐ฉ Indonesia in straight sets to officially advance to the Final Four of the 2026 Asian Games: 25โ10, 29โ27, 25โ16#AsianGames2026 #AichiNagoya2026 #Volleyballโฆ pic.twitter.com/S25v9lMFKjโ Volleytrails (@volleytrails) September 20, 2026
Tetapi Thailand enggan membenarkan perkara tersebut berlaku, sebaliknya mencipta kejutan berjaya merapatkan jurang 22-23 sebelum terus mengumpul mata 29-27 untuk kemenangan set kedua.
Peminat seakan tidak percaya dan terus memberikan tepukan gemuruh buat Thailand yang jelas berada di tahap berlainan.
Konsistensi itu berterusan sehingga berhasil menyingkirkan Indonesia dengan kemenangan bersih 3-0 untuk berdepan China dalam peringkat seterusnya petang ini.
Untuk rekod, pasukan Thailand baru sahaja mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028 buat kali pertama dalam sejarah baru-baru ini.