Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Sabah sasar tiga mata pertama lawan Kelantan TRW

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

coach-sabah.jpg
Sabah meletakkan tiga mata pertama sebagai matlamat utama menjelang pertemuan Liga Super menentang Kelantan The Real Warriors (TRW) di Stadium Likas malam esok.

Kemenangan meyakinkan 6-0 ke atas Bunga Raya dalam perlawanan pertama pusingan 16 Piala FA minggu lalu akan menjadi suntikan penting dalam merealisasikan hasrat berkenaan.

Tiada rombakan besar dirancang ketua jurulatih, Jean-Paul de Marigny, yang memilih untuk menaruh kepercayaan penuh terhadap barisan utamanya di bahagian serangan dan pertahanan.

"Kami melihat kepada pilihan berbeza, kami menang secara berpasukan," kata pengendali itu kepada Astro Arena.

"Kami mungkin perlu melakukan beberapa perubahan tetapi pemain di bahagian serangan akan tetap sama.

"Kami melihat kepada pemain yang boleh mencorakkan permainan dan daripada segi pertahanan pula, kami akan mengekalkan disiplin yang sama dan mengekalkan struktur menyerang sebaik mungkin."

Sebagai rekod, Sabah terikat 1-1 dengan Kuala Lumpur City dalam aksi pertama Liga Super di Cheras pada 13 Ogos lalu.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video