Sabah berjaya memperoleh tiga mata penting susulan kejayaan merekodkan kemenangan ke atas Negeri Sembilan 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sebentar tadi.
Sabah yang dipimpin oleh Datuk Ong Kim Swee berjaya mendahului dua jaringan menerusi pemain penyerang, Ramon Machado, pada minit ke-13 dan 29.
Gol ketiga Sang Badak dilengkapkan sebelum tamat separuh masa pertama menerusi Miguel Cifuentes dalam masa kecederaan.
Tiada tambahan jaringan berjaya dihasilkan tuan rumah dalam separuh masa kedua, bagaimanapun Negeri Sembilan berjaya mendapaatkan gol saguhati menerusi Hein Htet Aung pada minit ke-90.
Kemenangan tersebut menyaksikan Sabah mengumpul 42 mata untuk berada di kedudukan keempat manakala Negeri Sembilan telah memperoleh 21 mata di tangga kesembilan.