KELANTAN DARUL NAIM 2 SABAH 3
Sabah cemerlang meraih kemenangan pertama musim ini apabila mengatasi Kelantan Darul Naim 3-2 dalam perlawanan Liga Super di Kota Bharu sebentar tadi.
Selepas terikat tanpa jaringan dengan Penang dalam aksi pertama hujung minggu lalu, pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu mempamerkan aksi berbeza dalam perlawanan kali ini, khususnya di bahagian serangan.
Skuad Badak itu mendahului pada minit ke-25 apabila Gabriel Peres bijak menghidu percubaan lambung Stuar Wilkin susulan satu gerakan set-piece daripada sepakan penjuru.
empat minit berselang Kelantan dihadiahkan sepakan penalti selepas bola didapati terkena tangan Daniel Ting selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) tetapi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, menafikan sepakan Chadrack Muzungu.
Aksi dalam babak kedua jelas menjadi milik pelawat, dan walaupun Kim Ri-gwan berhasil menyamakan kedudukan pada minit ke-55, Wilkin menggandakan jaringan Sabah selepas sejam perlawanan dengan percubaan gemilangnya dari luar kawasan penalti.
Kelantan kian parah pada minit ke-69 apabila Ramon Machado menambah satu lagi jaringan buat Sabah dengan menguis masuk bola tolakan rendah Peres.
Dan walaupun Kelantan kemudian menghidupkan peluang dengan jaringan kedua peribadi Bae Kyung-hwan dalam waktu kecederaan, ia masih belum cukup untuk menafikan kemenangan pertama Sabah.