Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Perjalanan musim masih jauh tapi ... -- Nidzam Jamil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nidzam.jpg
Satu kepuasan ditunjukkan oleh peminat melihat kualiti dipamerkan Negeri Sembilan meskipun tewas 3-5 kepada juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), tetapi ketua jurulatih, Nidzam Jamil, tetap tidak mahu mendabik dada.

Katanya, banyak kerja rumah yang perlu dilakukan bagi mengatasi segala kelompongan, terutamanya seni bertahan dan mahu mengekalkan rentak permainan sehingga tamat 90 minit aksi.

Namun, bekas pengendali Selangor itu tetap memuji kredibiliti dan kemampuan anak buahnya sehingga mampu memberikan tekanan berganda kepada skuad Harimau Selatan, lebih-lebih lagi dengan dua jaringan awal dalam masa 20 minit. 




"Liga ini panjang, kami kena banyak belajar daripada beberapa perkara.

"Kadang-kadang, ia bukan sekadar daripada taktikal, malah perlu mengetahui cara dalam keadaan tertentu seperti bertahan dan melindungi kelebihan jaringan.

"Tapi saya gembira dengan mereka di sini dan meraikan komitmen semua.

"Akan tetapi, masih ada jurang yang besar dengan pasukan lawan," katanya. 
JDT Jersey

Jangan Ketinggalan! Jersi JDT Musim Ini Cepat Habis!

Rebut merchandise rasmi JDT sebelum ia sold out! Dari jersi edisi terkini hingga koleksi eksklusif untuk penyokong tegar. Stok terhad, siapa cepat dia dapat!


Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video