Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Pergaduhan penyokong cemari aksi Penang-Kedah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fans-penang-vs-kedah.jpg
PENANG FC 1 KEDAH DARUL AMAN FC 2

Perlawanan Liga Super di antara Penang FC dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Bandaraya malam tadi dicemari dengan insiden pergaduhan kedua-dua kumpulan penyokong selepas perlawanan berakhir.

Kejadian yang berlaku di luar stadium itu dipercayai berpunca disebabkan provokasi di antara kedua-dua pihak sebelum berlaku insiden tolak menolak antara mereka.

Suasana menjadi semakin tegang apabila kedua-dua kumpulan mula bertindak agresif dengan aksi sepak terajang hingga mencetuskan kekecohan berhampiran kawasan parkir bas penyokong Kedah.

Dalam satu video tular berdurasi 1 minit 42 saat, kumpulan berpakaian serba hitam yang dipercayai penyokong Pulau Pinang dilihat mengeluarkan kata-kata provokasi sebelum berlaku pergaduhan dengan penyokong pasukan lawan.

Dalam saingan ke-20 Liga Super itu, pasukan tuan rumah tewas dengan pasukan jiran berkenaan dengan jaringan 1-2.

Fadzrul Danel membuka jaringan untuk Kedah pada minit ketujuh sebelum pemain berasal dari Lubnan, Soony Saad, menyamakan kedudukan buat Penang pada minit ke-32.

Tendangan dari luar kotak penalti Moses Atede pada minit ke 96 menambah duka pasukan Penang FC, sekali gus memberi kemenangan kepada Sang Kenari.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Must Watch Video