Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Penyokong perlu bersyukur, kata Manzoor

penang.jpg
'Penyokong perlu bersyukur', itu harapan penolong jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira, yang terkilan dengan sikap segelintir penyokong, di sebalik kemenangan 2-0 ke atas Kelantan United semalam. 

Ini susulan beberapa peminat yang masih tidak menghargai usaha pasukannya walaupun berjaya mengekalkan momentum kemenangan, tatkala kehilangan Devid Santana, OJ Porteria dan Syazwan Zainon menyebabkan lawan terus mengalami mimpi buruk musim ini. 



"Saya sangat bersyukur dengan kemenangan pasukan ini, tiada apa yang boleh saya minta lebih daripada mereka, namun terdapat segelintir penyokong yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh pasukan yang membuat saya kecewa selepas tamat perlawanan ini," katanya.

Sementara itu, pemain tengah Penang, Nik Akif Syahiran Nik Mat lega berjaya menambah koleksi jaringan bersama skuad Penang musim ini.

Ternyata, penghijrahannya ke negeri Pulau Mutiara itu memberikan pulangan lumayan setelah 'diperam' di bangku simpanan ketika bersama Terengganu dalam dua musim terdahulu.

"Saya sangat bersyukur kerana berjaya memperoleh tiga mata buat pasukan. Saya sangat gembira kerana dapat mendapat semula rentak terbaik beraksi dan saya berharap peluang untuk beraksi itu tetap diberikan dalam aksi akan datang," kata Nik Akif.

Advertisement

Must Watch Video