Pertemuan dengan Kelantan FC diibaratkan sebagai perlawanan wajib menang buat Penang FC menjelang aksi Liga Super di Stadium Bandaraya malam esok.

Bukan mengambil kesempatan terhadap masalah dalaman yang sedang dilalui The Red Warriors tetapi ini adalah masa terbaik untuk Harimau Kumbang mendapatkan tiga mata pertama dalam separuh kedua saingan liga musim ni.

Dengan krisis yang sedang dilalui Kelantan, Penang tiada alasan untuk mendapatkan tiga mata selepas meraih keputusan seri menentang Kuala Lumpur City FC dan Negeri Sembilan sepanjang bulan lalu.

Ia juga dilihat sebagai misi membalas dendam selepas pasukan bimbingan Manzoor Azwira Abdul Wahid itu tewas 0-2 kepada The Red Warriors dalam aksi pertama di gelanggang lawan pada 5 Mac lalu.

Manzoor Azwira berkata kepada Astro Arena: "Sudah pasti kami perlu mendapatkan mata selepas gagal melakukannya ketika menentang KL City dan Negeri Sembilan.

"Tetapi apa yang positif, saya dapat melihat peningkatan dalam beberapa aspek, jadi kami berharap jaringan dapat dihasilkan dan kami dapat mencapai kemenangan.