Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Pemain perlu ada perancangan rapi menjelang musim baru

asmawi.jpg
Pemerhati sukan negara, Asmawi Bakiri, berkata setiap pemain perlu memiliki perancangan rapi bagi memastikan tahap kecergasan terbaik menjelang saingan Liga Super musim depan.

Ini kerana saingan Liga Super bagi musim 2024 akan bermula lebih lewat berbanding musim-musim sebelumnya.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada hujung minggu lalu mengumumkan saingan Liga Super musim depan hanya akan bermula pada 3 Mei depan. 

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Asmawi, yang merupakan bekas pemain profesional dari 1995 hingga 2008, berkata kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman: "Untuk pemain yang kosong (tanpa perlawanan) dalam lima bulan ini, saya lihat memang mereka kena buat jadual sendiri.

"Jadual sendiri untuk mereka mengekalkan momentum dan kecergasan, kemudian jadual bersama pasukan.

"Untuk mereka yang ketinggalan ini, mereka perlu mencari jalan sendiri agar dapat mengekalkan keceregasan individu dan seterusnya kecergasan sepasukan," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video