PDRM 2 DPMM 2
PDRM sama handal dengan pendatang baru Liga Super, DPMM, apabila terikat 2-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.
Pengendali pelawat, James Mc Allister, tampak bersedia apabila tak sampai 2 minit aksi pemain import dari Indonesia, Ramadhan Sananta, berupaya merobek gawang Sang Saka Biru.
Skuad yang berpangkalan di Brunei itu bijak untuk menunggu waktu yang sesuai dengan mendominasi di bahagian tengah dan 4 minit berselang, giliran Miguel Oliveira mencetak nama selaku penjaring.
Anak buah Eddy Gapil itu sepatutnya merapatkan jurang, namun sepakan penalti Ahmad Israiwah dinafikan penjaga gol kelahiran Macedonia, Kristijan Naumovski.
Entah apa yang membangkitkan api semangat perjuangan PDRM dalam babak kedua, tandukan bekas kapten Sabah, Park T-e su melegakan tuan rumah untuk merapatkan kedudukan 1-2 pada minit ke-68.
Dan empat minit kemudian, pemain dari Korea Selatan ini terus menjadi duri dalam daging buat pelawat dengan mencetak jaringan penyamaan.
Dalam satu lagi aksi Liga Super, Kuching City bermula positif menerusi kemenangan bergaya 4-0 ke atas Kelantan the Real Warriors.