PDRM berjaya melakar kejutan ke atas KL City dengan kemenangan 2-0 dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium MBPJ, sebentar tadi.
Selepas kedudukan terikat seri tanpa jaringan dalam separuh masa pertama, deretan peluang daripada KL City berjaya dinafikan oleh penjaga gol. Ramadan Hamid, corak permainan yang sama tetap ditampilkan oleh pelawat bagi 45 minit berikutnya.
Ketika The City Boys kerap kali melancarkan serangan, PDRM menemui ruang apabila Nabil Latpi berjaya melakukan gerakan cemerlang dari sayap kiri, percubaan pemain itu berjaya ditepis penjaga gol, Kevin Ray Mendoza namun Marcus Macauley bijak menampan masuk sekaligus membenarkan The Cops mendahului pada minit ke-60.
Ketinggalan mematah rentak KL City dalam usaha menyelamatkan perlawanan ini, namun PDRM menggunakan situasi terdesak itu untuk menggandakan jaringan pada minit ke-75, kali ini giliran Fandi Awad untuk menghukum skuad bimbingan Nenad Bacina.
Kedudukan kekal 2-0 sehingga tamat perlawanan sekaligus menyaksikan KL City melewati dua kekalahan dalam dua perlawanan selepas tewas 2-1 kepada Terengganu FC dalam aksi Piala Malaysia.