Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Pasaran pemain, jurulatih makin sempit

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan-darul-naim.jpg
Penolong jurulatih Kelantan Darul Naim (KDN), Rezal Zambery Yahya, melihat cabaran besar bakal dihadapi pemain dan jurulatih pada musim depan untuk merebut tempat dalam kancah bola sepak negara.

Menurut Rezal, ketiadaan saingan bagi pasukan B-23 pada musim depan menyebabkan pasaran pemain dan jurulatih menjadi semakin kecil dan kompetitif.

"Saingan liga seperti kita tahu tahun depan tiada lagi pasukan bawah 23 tahun (Piala MFL). Daripada segi pasaran pemain dan jurulatih semakin mengecil dan persaingan itu cukup ketat.

"Jurulatih tempatan sentiasa perlu diberikan peluang. Namun, kita faham pasukan memerlukan jurulatih dengan reputasi dan keputusan yang baik.




"Itu antara kriteria yang diambil kira. Namun, bukan hanya saya sahaja, tetapi ramai jurulatih tempatan mengharapkan diberikan ruang dalam saingan liga kita tidak kira dalam Liga Super, Liga Amatur, Piala belia atau Piala Presiden," katanya.

Pasukan pantai timur itu akan mengharungi satu lagi aksi terakhir Liga Super menentang Kuala Lumpur City di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Ahad ini.

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video