Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Nik Nazmi tawar diri rebut jawatan Presiden KLFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nik-nazmi.jpg
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Dia berkata kesediaan itu bukan medan meraih populariti sebaliknya mahu mengembalikan maruah pasukan bola sepak, Kuala Lumpur (KL) City FC.

“Saya menawarkan diri untuk dicalonkan Presiden KLFA pada kongres tahun ini.

"Saya juga telah mengadakan siri perbincangan dengan tokoh-tokoh korporat, profesional, institusi kerajaan untuk bersama-sama wakil kelab gabungan untuk mengemudi KLFA.

"Kemelut yang melanda pasukan KL City FC telah mendapat perhatian yang meluas akhir-akhir ini.

"Sebagai peminat dan juga wakil rakyat ibu kota, saya juga turut terkesan dengan tindakan ini," katanya dalam hantaran video di TikTok malam tadi. 

Sebelum ini, nama Nik Nazmi dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil antara yang disebut-sebut akan merebut jawatan sebagai presiden KLFA.

Jawatan Presiden KLFA ketika ini dipangku Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid selepas Khalid Samad melepaskan jawatan itu pada Mac lalu.

Tambah Nik Nazmi, ia satu amanah yang besar untuk mengembalikan kepercayaan peminat bola sepak dan sudah tiba masanya mengembalikan maruah bola sepak Kuala Lumpur.




Ujarnya, pihaknya menawarkan tiga tonggak untuk melonjakkan bola sepak Kuala Lumpur iaitu kelestarian organisasi dan kewangan menerusi perkongsian pintar sebagai pusat komersial negara.

"Namun, di sebalik perbelanjaan yang lebih kecil dan pelbagai masalah yang melanda, semangat #sampaimatiKualaLumpur jelas dihayati oleh pemain-pemain KL City sehingga kita mencapai keputusan yang baik dan mendapat kedudukan yang tinggi di dalam Liga Super.

"Kuala Lumpur sebagai ibu kota dan menyatupadukan warga kota. Kita memerlukan persatuan bola sepak yang berkesan di dalam membina ekosistem yang sihat dari peringkat akar umbi hingga pasukan profesional.

"Tindakan wajar perlu diambil kepada pasukan KL City yang rata-rata pemainnya telah berjuang berhabis-habisan dalam Liga Malaysia.

"Orang politik datang dan pergi KLFA tetapi bagi kami bukan medan populariti untuk diraih. Ini amanah besar untuk kembalikan kepercayaan peminat," katanya.

Kredit: Sinar Harian 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video