Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Nidzam tuntut Negeri Sembilan rendah diri hadapi Kuching City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nidzam-jamil.jpg
Negeri Sembilan wajar berwaspada dengan ancaman yang bakal ditampilkan Kuching City yang pastinya mahu bangkit dan memburu keputusan positif selepas tewas 0-1 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT), Ahad lalu.

Pengendali berusia 45 tahun itu turut menyifatkan barisan kendalian Aidil Sharin Sahak itu memiliki beberapa pemain berkualiti yang perlu dikawal rapi; antaranya penyerang, Ronald Ngah Wanja, Petrus Shitembi serta Danial Amier Norhisham untuk pertemuan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam esok. 

"Aidil banyak memberi perubahan dalam corak (permainan) dan dimensi Kuching City. 

"Kami perlu berhati-hati dengan Ronald Ngah Wanja, Danial Amier Norhisham dan Petrus Shitembi selain beberapa pemain digantung. 

"Ia bukan petunjuk mereka adalah pasukan lemah esok dan kami masih pasukan underdog.

"Kami masih dalam pasukan pembinaan. Kami bukan dalam balang satu mahupun dua, kami masih di dalam balang 3-4.

"Sudah tentu banyak persepsi tapi kami harus kekal rendah diri dan kekal bekerja keras supaya kami dapat melompat ke balang lain. 

"Esok penting untuk kami keluar dengan positif, itu sahaja," kata ketua jurulatih, Nidzam Jamil.

Negeri Sembilan enggan mengambil risiko mempertaruhkan penyerang, Luqman Hakim Shamsudin, serta pertahanan berpengalaman, Khuzaimi Piee, yang masih dalam proses pemulihan kecederaan.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video