Rembatan daripada luar kotak penalti Hakimi Abdulllah berjaya meledak gol pertama buat KDN pada minit ke-14 sekali gus menjadi gol pertamanya sejak dipinjamkan daripada Terengganu awal September lalu.
Tamat perlawanan. Negeri Sembilan FC tewas 2 - 3 kepada Kelantan Darul Naim FC.
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) September 27, 2024
Gol-gol NSFC telah dijaringkan oleh Jacque Faye dan Sebastian Avanzini manakala KDN FC memperoleh jaringan menerusi Hakimi Abdullah, Kim Likwan dan Oday Kharoub.#NSEKDN#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/50sdhR2peQ
KDN terus mengganas apabila berjaya memanipulasi situasi kucar-kacir tuan rumah menerusi jaringan Kim Ri-gwan biarpun terpaksa menanti beberapa minit sebelum keputusan VAR memihak mereka untuk mendahului 2-0 dalam separuh masa pertama.
Kem tuan rumah berusaha merapatkan jurang keputusan namun setiap percubaan mereka gagal menembusi keampuhan gawang lawan sehingga minit akhir permainan di mana mereka dihadiahkan sepakan penalti yang tenang disempurnakan Jacque Faye pada minit ke-84.
? Kedudukan terkini Liga Super 2024-2025 | LS12#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/vX2VoT9ZF2
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 27, 2024
Sebastian Avanzini muncul wira Negeri Sembilan untuk memastikan kedudukan terikat dua sama hasil jaringan pada minit ke-89.
Namun KDN terus agresif menutup kebangkitan Negeri Sembilan untuk tewas 3-2 di laman sendiri dengan jaringan dramatik Oday Ali Kharoub pada minit ke-94.