Negeri Sembilan melakar kemenangan bergaya ke atas Sabah 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, sebentar tadi.
Azri Ghani diberi peranan selaku penjaga gol utama pasukan manakala perancang dari Jepun, Takumi Sasaki bertindak sebagai kapten pasukan.
Anak buah kendalian Nidzam Jamil membuka jaringan seawal minit ke-26 menerusi rembatan Jovan Motika.
Sabah yang tersentak dengan jaringan tersebut dilihat meningkatkan serangan untuk mencari gol penyamaan namun masih gagal menembusi gawang yang dijaga rapi oleh Azri Ghani.
Skuad Negeri Sembilan menambah jaringan kedua perlawanan pada minit ke-40 ledakan berbisa Alex Agyarkwa membenarkan pasukan berkelebihan dua gol.
Melengkapkan malam indah Negeri Sembilan, Joseph Esso meledak gol ketiga pasukan dan memastikan Negeri Sembilan meraih tiga mata penuh dalam perlawanan ini.
Kemenangan itu menyaksikan Negeri Sembilan melonjak ke tangga keempat liga selepas mengumpulan lapan mata.