Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Negeri Sembilan lakar kemenangan sulung di Temerloh

negeri-sembilan-2024.jpg
Negeri Sembilan berjaya memperoleh kemenangan pertama dalam saingan Liga Super selepas membenam Sri Pahang 2-0 di Stadium Temerloh sebentar tadi.

Skuad Jang berjaya menerusi R. Bharathkumar yang menyempurnakan hantaran Takumi Sasaki.

Sri Pahang berpeluang untuk menyamakan kedudukan namun Stefano Brundo melepaskan rembatan melepasi gawang sebelum tamat separuh masa pertama.

Seminit selepas perlawanan bersambung dalam separuh masa kedua, Negeri Sembilan sekali lagi menguji benteng akhir pasukan tuan rumah, kali ini menerusi Mika Junco yang melepaskan rembatan namun sekadar menggegar palang gol. 

Usaha Sri Pahang mendapatkan jaringan terus gagal menuai hasil apabila setiap gerakan yang dilakukan gagal disempurnakan dengan baik oleh barisan pemain.

Negeri Sembilan sekali lagi cuba menggandakan jaringan, bagaimanapun kegagalan menggunakan peluang dalam situasi tanpa tekanan gagal disempurnakan Hadin Azman.   

Jaringan tambahan yang dinanti-nanti akhirnya tiba dalam masa kecederaan, pertahanan Sri Pahang, Fadhli Shas, melakukan terjahan terhadap Hein Htet Aun dan keputusan VAR memberikan sepakan penalti yang mudah disempurnakan oleh Sasaki.

Kemenangan itu merupakan sesuatu yang amat manis buat Negeri Sembilan sekaligus meredakan tekanan terhadap pengendali pasukan, Azzmi.

Advertisement

Must Watch Video