LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Negeri Sembilan dapat rentak kemenangan
NEGERI SEMBILAN 2 TERENGGANU 1
Keazaman untuk mencipta kemenangan sulung selain memadam episod ngeri dimalukan 0-7 kepada Johor Darul Tak'zim (JDT) menjadi azimat buat Negeri Sembilan FC menumpaskan Terengganu, sebentar tadi.
Berikutan perlawanan bertemu Kuala Lumpur City hujung minggu lalu ditunda akibat gangguan cuaca, Terengganu turun di Stadium Tuanku Abdul Rahman dalam misi besar ketika melayani kunjungan skuad Peteh.
Iklan
Namun, mereka perlu menunggu hingga minit ke-28 untuk mencipta percubaan tepat pertama menerusi tolakan Levy Madinda yang menggegar gawang pelawat yang dikawal Rahadiazli Rahalim.
Terengganu yang memiliki kesempatan menarik akhirnya mengikat kedudukan pada masa kecederaan separuh masa pertama gara-gara tangkapan kurang kemas Sikh Izhan Nazrel Sikh hingga dihukum Adisak Kraison.
Percaturan tuan rumah memasukkan tenaga baru menyerlahkan lagi bahagian serangan dalam babak kedua dan Tommy Mawat Bada yang mengisi bek kiri melengkapkan permainan lincahnya dengan umpanan leret kepada Casagrande untuk gol kemenangan skuad Jang pada minit ke-67.
“Ini yang dikatakan modern football”Azman Adnan menjelaskan peranan Habib Haroon dalam pasukan Terengganu#DemiLigaKita pic.twitter.com/C7NEX0QBbo— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 16, 2023
Must-Watch Video