Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Negeri Sembilan belanja 'comeback' di Paroi malam ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kuching-negei.jpg
Negeri Sembilan kembali mengikat Kuching City untuk meraih keputusan 2-2 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Paroi sebentar tadi.

Masih segar menerusi kemenangan yang cukup bergaya ke atas Selangor ketika mereka berkunjung ke Paroi, Negeri Sembilan memasuki perlawanan dengan kelebihan pemain ke-12 yang membanjiri stadium. 

Bagaimanapun, skuad kendalian Nidzam Jamil, ketinggalan terlebih dahulu apabila pelawat berjaya membuka tirai jaringan menerusi Danial Asri.

Kuching hampir menggandakan kelebihan mereka di minit ke-30, hanya untuk percubaan Ronald Ngah Wanja dinafikan Azri Ghani.

Menuju ke masa rehat, giliran skuad jang untuk mengancam gawang lawan -- tapi Aung Wai Lin gagal mengatasi Haziq Nadzli untuk Kuching membawa kelebihan ke babak kedua.

Skuad Aidil Sharin Sahak akhirnya berjaya menggandakan jaringan mereka, dua minit selepas perlawanan bersambung.

Pantang mengalah, Negeri Sembilan sempat merapatkan jurang dengan berbaki 10 minit ke tamat perlawanan, menerusi Joseph Esso.

Tapi Negeri Sembilan belum puas dan di masa tambahan kecederaan, Luis Enrique Nsue membuktikan diri selaku duri dalam daging, dengan gol penyamaan yang menyelamatkan pasukannya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video