Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Misi Imigresen keluar daripada kelompok bawahan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

imigresen.jpg
Ketua pasukan Imigresen, Fadzrul Danel Mohd Nizam, menegaskan mereka berdepan dengan misi wajib menang ketika melayani kunjungan Sabah dalam perlawanan minggu kelapan Liga Super, Ahad ini.

Pemain tengah yang mesra disapa dengan panggilan 'Dann' turut mengakui tempoh rehat selama 20 hari memberikan ruang buat Imigresen memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam aksi sebelum ini.

Danel Nizam turut menggesa rakan sepasukan memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri, Stadium Negeri Pulau Pinang, dalam usaha memburu kemenangan sulung musim ini.

 

Untuk rekod, selepas mengharungi enam perlawanan, skuad kendalian Yusri Che Lah itu menghuni kedudukan tercorot hasil daripada dua keputusan seri, empat kali tewas dengan kutipan dua mata.

"Kami akan menambah baik kekurangan kami sebelum ini.

"Kami berharap supaya tiga mata penuh menjadi milik kami. 

"Sabah pasukan yang kuat. Tetapi, kami tidak akan mengambil mudah.

"Dalam masa tiga minggu ini, kami membina keserasian antara satu sama lain," katanya di Nadi Arena.

Sekiranya Imigresen berjaya mendapatkan tiga mata, secara purata akan memiliki lima mata, sekali gus boleh berada di tempat kesembilan. 
 
Garmin

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video