Selepas menundukkan Penang di tempat lawan Ahad lalu, Kuala Lumpur (KL) City sekali lagi meraih kemenangan apabila PDRM menjadi mangsa terbaharu dalam perlawanan minggu keempat Liga Super di Cheras, sebentar tadi.
Pemain pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid, membuka tirai jaringan pada minit ke-25 selepas menerima umpanan daripada sebelah kiri menerusi Declan Lambert yang bijak membelah pertahanan untuk kedudukan 1-0 menuju bilik persalinan.
Kapten skuad Warga Kota, Paulo Josue, hanya memerlukan lapan minit di babak kedua untuk menggandakan kedudukan.
Anak buah Eddy Gapil terus dirundung malang selepas bekas bintang Sri Pahang, Kpah Sherman, dikasari dalam kotak penalti, yang memberi ruang buat Nicolao Cardoso membolosi gawang yang dikawal Ifwat Akmal Chek Kassim kali ketiga.
Menuju minit akhir, Kyaw Min Oo cuba mengejar melalui sepakan percuma namun, belum cukup untuk menafikan tiga mata berharga buat The City Boys dengan keputusan akhir 3-1.
Sehingga kini, skuad kendalian Risto Vidakovic menduduki tempat pertama liga dengan pungutan 10 mata di hadapan JDT.
Shop Now

? Kedudukan terkini Liga Super 2025-2026 | LS4#LigaSuper2025-26 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/3CUyIEe4gW
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 27, 2025
Anak buah Eddy Gapil terus dirundung malang selepas bekas bintang Sri Pahang, Kpah Sherman, dikasari dalam kotak penalti, yang memberi ruang buat Nicolao Cardoso membolosi gawang yang dikawal Ifwat Akmal Chek Kassim kali ketiga.
Menuju minit akhir, Kyaw Min Oo cuba mengejar melalui sepakan percuma namun, belum cukup untuk menafikan tiga mata berharga buat The City Boys dengan keputusan akhir 3-1.
Sehingga kini, skuad kendalian Risto Vidakovic menduduki tempat pertama liga dengan pungutan 10 mata di hadapan JDT.

Raikan Kemenangan KL City
KL City kini di puncak carta – jangan ketinggalan miliki jersi rasmi pasukan kegemaran anda.
Shop Now