Sabah gagal menjelma kemenangan apabila terikat 1-1 dengan Melaka dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Likas sebentar tadi.
Sabah melihat perlawanan ini merupakan peluang terbaik mereka untuk memburu kemenangan pertama ketika berdepan dengan Melaka di laman sendiri.
Bagaimanapun, tuan rumah hampir dikejutkan di awal babak permainan apabila Melaka berjaya merobek gawang mereka seawal minit ketiga permainan namun mujur ia dibatalkan kerana ofsaid.
Aksi di Likas semakin mencabar selepas itu apabila hujan mulai turun menyaksikan permainan agak perlahan.
Keadaan itu kembali pulih selepas itu namun kedua-dua pasukan gagal menjelmakan sebarang jaringan sehinggalah mereka ke bilik persalinan.
Gol yang dinanti tuan rumah akhirnya hadir menerusi satu serangan balas yang kemudianya disudahkan dengan sempurna oleh Ajdin Mujagic pada minit ke-61 untuk Sabah di depan 1-0.
Ketika belum reda Stadium Likas bersorak gembira, Irfan Zakaria melenyapkan kelebihan itu apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-85.
Kedudukan itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan hanya terus berkongsi satu mata dalam tiga perlawanan yang dilalui setakat ini.